Sunday, June 6, 2021

5 tips guna enterprise gaya korporat

1. Ambil Gaji

Pemilik wajib ambil gaji walaupun sedikit. Bila kita ambil gaji baru ada motivasi untuk kejar target. Kebanyakkan usahawan baru tak ambil gaji sebab risau perniagaan tak boleh survive.

2. Buat slip gaji

Yang ini selalu kita tak buat, mungkin kita rasa slip gaji tak penting. Buat je slip gaji baru nampak kita serius dalam bisnes bukan main-main. Bila kita nak terbang tinggi guna sdn bhd senang kita tau.

3. SOP perniagaan

Ini sangat penting kerana dekat sini kita boleh nampak susun alur bisnes kita. Biar dari bisnes kecil-kecil dah buat dan bila berkembang senang nak upgrade je sop itu

4. Buka fail cukai

Ramai usahawan enterprise tak nak buka fail cukai. Kebanyakan usahawan percaya dengan mitos, bila buka fail cukai nanti kena bayar tiap tahun. Mak limah bukan begitu, kalau sale kita tak capai amount yang kena bayar cukai, tak payah la bayar. Jangan takut nak fail cukai

5. Buat pengurusan kewangan

Bila kita buat bisnes, usahawan kena tahu nak urus kewangan. Kebanyakan usahawan masih tak pandai urus kewangan, masih tak rekod duit keluar masuk dalam perniaagaan. Akaun dalam perniagaan amat penting kerana ia penentu hala tuju bisnes kita.


Sunday, January 5, 2020

Aku Dan Tulisan Jawi

Tulisan jawi menjadi satu isu panas di Malaysia. Sebelum wujudnya rumi, beratus tahun menggunakan tulisan jawi dalam urusan harian. Ia menjadi sebuah budaya dan khazanah di dalam dunia. 

Tulisan jawi sebuah khazanah yang sangat indah dan pada masa kini tidak ramai yang tahu menulis tulisan jawi. Menjadi satu kerugian, bila mana kita tak tahu menulis tulisan jawi. 

Bagi aku tak kira bangsa atau status, sesiapa boleh belajar tulisan jawi. Tulisan jawi sebuah khazanah yang tiada nilainya.Hargailah tulisan JAWI. 😘


Wednesday, January 1, 2020

Kereta Terbang 2020

Aku nak start balik write dekat blog ni. Dulu suka sangat nak update dekat blog ini. Dekat blog ni la, aku tulis pelbagai isu termasuk pasal study, cinta, buat puisi dan macam-macam. 

Tahun 2020, aku nak guna platform ni nak cerita tentang jatuh bangun dalam bisnes. Kadang rasa nak give up bila kita jatuh tapi hanya tuhan sahaja tau. 

Bila jatuh, aku bangun balik. Alhamdulillah, sekarang ada perubahan walaupun aku masih mengejar impian. 

Doakan aku yang baca blog ini, jangan lupa support aku tau.