Monday, June 22, 2009

kemasukan uitm

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KEDAH
PEKELILING PENGARAH KAMPUS 8/2009
Semua Ketua Program / Koordinator / Pensyarah
Ketua Bahagian
Pelajar
UiTM Kedah
Prof. Madya / Tuan / Puan / Saudara / Saudari
TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR LAMA SEPENUH MASA SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2009
Dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran pelajar semester JULAI-NOVEMBER 2009 bagi semua pelajar lama adalah seperti berikut:-
Tarikh
Masa
Tempat
Program
04 JULAI 2009
Pendaftaran Bermula
8.30 pg – 01.00 ptg
Rehat
01.00ptg - 02.00 ptg
Pendaftaran(sambung)
02.30 ptg-4.30ptg
Dewan Mini
AC110, AD114, AD111, AM110, AM228, BM111, BM112, BM220, BM229, IS110, IS220, CS110, CS113
PERATURAN PENDAFTARAN
1. Semua pelajar dikehendaki mendaftar pada tarikh, waktu dan tempat yang telah ditetapkan di atas sahaja. Kuliah akan bermula pada 05 JULAI 2009.
2. Pelajar-pelajar dimestikan membawa Kad Pelajar UiTM. Pelajar-pelajar yang tidak membawa Kad Pelajar UiTM tidak akan didaftarkan.
3. Kelewatan mendaftar tanpa sebarang alasan munasabah secara bertulis tidak akan dipertimbangkan. Denda sebanyak RM30.00 dan ditambah RM5.00 bagi setiap hari berikutnya akan dikenakan mulai 06 JULAI 2009 pada:
a) Pelajar-pelajar yang tidak mendaftar pada tarikh ditetapkan.
b) Pelajar yang tidak menyempurnakan pendaftaran (iaitu tidak menyerahkan borang pendaftaran ke Bahagian Hal Ehwal Akademik) pada tarikh yang ditetapkan.
Sebarang rayuan untuk pengecualian / pengurangan daripada membayar denda tidak akan dipertimbangkan.
4. PENTING - Pelajar-pelajar yang tidak mendaftar (tidak menjelaskan yuran pengajian dan mendaftar kursus) dalam tempoh tarikh pendaftaran iaitu selepas 03 OGOS 2009, status sebagai pelajar UiTM secara automatik digugurkan. (Peraturan Akademik-Pindaan 2008 Para 2.2)
5. Pelajar yang mendaftar selepas Cuti Khas atau selepas menamatkan tempoh penggantungan kerana kes tatatertib hendaklah mendaftar seperti mana pelajar lama.
6. Semua pelajar dikehendaki mematuhi peraturan pakaian dan sahsiah rupa diri pelajar UiTM semasa masuk ke dalam Kampus dan mendaftar. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek dan tidak memakai topi. Pihak Keselamatan boleh melarang pelajar masuk ke Kampus atau mendaftar sekiranya pelajar gagal mematuhi peraturan tersebut. Pelajar yang
dilarang mendaftar kerana tidak mematuhi peraturan pakaian dan sahsiah rupa diri dan seterusnya gagal mendaftar pada tarikh yang ditetapkan adalah tertakluk kepada peraturan pendaftaran, para 3 di atas.
PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE
Pendaftaran kursus secara on-line dibuka kepada pelajar melalui i-student portal UiTM di http://istudent.uitm.edu.my/ mulai 22 JUN-24 JULAI 2009. (Sila rujuk lampiran yang disertakan)
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Keputusan Peperiksaan APRIL 2009 akan diumumkan secara rasmi pada 11 JUN 2009 (MULAI JAM 05.00 PTG). Pelajar-pelajar boleh menyemak di i-student portal UiTM untuk mengetahui keputusan peperiksaan. Pelajar dikehendaki mendaftar pada 04 JULAI 2009 jika layak, tanpa menunggu penerimaan Penyata Keputusan Peperiksaan.
Tempoh Rayuan Semakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan APRIL 2009 adalah dari 12 JUN – 25 JUN 2009. Pelajar dikehendaki mengisi borang HEA/RA/PP-2000-7 dan membuat bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kod kursus yang dirayu.
BAYARAN YURAN PENGAJIAN
Bayaran yuran pengajian perlu dijelaskan seperti di dalam bil yang dikeluarkan oleh pihak Bendahari UiTM. Pelajar dikehendaki membuat bayaran melalui Bank Islam Malaysia Berhad pada atau sebelum tarikh pendaftaran rasmi.Sila bawa dua salinan bil pengajian yang telah dibayar semasa pendaftaran untuk semakan dan pengesahan.Sila rujuk kepada pihak Bendahari sekiranya terdapat apa-apa masalah.
KAD PELAJAR
Sekiranya kad pelajar anda rosak atau hilang, anda dikehendaki membuat kad pelajar yang baru.Bayaran caj perkhidmatan sebanyak RM15.00 akan dikenakan.Jika anda kehilangan kad, sila patuhi arahan berikut:
i) Laporkan kehilangan kad pelajar anda di Pejabat Keselamatan.
ii) Buat bayaran berjumlah RM15.00 di Kaunter Bendahari.
iii) Serahkan laporan kehilangan dan resit bayaran di Kaunter HEA.
Pelajar yang bertukar dari kampus cawangan dan daripada program Pra-Perdagangan yang menyambung pengajian ke peringkat diploma, dikehendaki menukar kad pelajar.
PENTING
1. SESEORANG PELAJAR ITU DIANGGAP SEBAGAI PELAJAR UITM YANG BERDAFTAR BAGI SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2009 JIKA IA TELAH MENDAFTAR DI SEMUA BAHAGIAN DAN MEMPUNYAI KAD PELAJAR YANG SAH.
2. SILA AMBIL PERHATIAN BERAT MENGENAI PERATURAN AKADEMIK PARA 2.2, MUKA SURAT 13: PENGGUGURAN TARAF PELAJAR.
3. SILA RUJUK DAN TELITI TARIKH-TARIKH PENTING AKTIVITI HEA YANG DILAMPIRKAN UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.
4. PELAJAR YANG GAGAL MENDAFTAR KURSUS TIDAK AKAN DIBENARKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR. PENDAFTARAN BAGI SETIAP KURSUS HENDAKLAH MENGIKUT PELAN PENGAJIAN YANG TELAH DITETAPKAN.
Sekian, dimaklumkan.
Yang benar,
PROF. MADYA DR. ZALIHA HJ HUSSIN
Pengarah Kampus
Bil Fail : 100-UiTMKDH (HEA.6/7)
Tarikh : 08 Jun 2009
Aktiviti Pendaftaran, Tambah dan Gugur Kursus
Tarikh
Proses
Tindakan
22 Jun 2009
Pendaftaran Kursus Pelajar Lama Secara Online Bermula
PELAJAR
05 Julai 2009
Kuliah Bermula
PENSYARAH & PELAJAR
22 Jun-24 Julai 2009
Proses Tambah & Gugur Kursus
PELAJAR
04 Ogos 2009
Tarikh Akhir Pembayaran Yuran
PELAJAR
10 Ogos 2009
Tarikh Akhir Pengesahan (Validasi) Kursus
PELAJAR
11 Ogos 2009
Gugur Taraf
Sekiranya Pelajar :
1. Tidak Mendaftar Kursus
2. Tidak Membayar Yuran Pengajian
12 Ogos 2009
Cetak Slip Menduduki Peperiksaan
PELAJAR
PERINGATAN
** Pelajar dikehendaki mencetak Penyata Validasi selepas membuat validasi di i-student portal sebagai bukti beliau telah membuat validasi dan telah bersetuju bahawa senarai kursus yang dipaparkan semasa validasi adalah senarai kursus yang beliau daftarkan pada semester tersebut.
Kuliah Bagi Semua Program Kecuali Program ASASI & PASCA SISWAZAH
Tarikh
Jangka Masa
Tempoh
Kuliah
05 Julai-16 September 2009
10.5 minggu
Cuti Pertengahan Semester/
Cuti Khas Hari Raya
17 – 26 September 2009
1.5 minggu
(Aidil Fitri - 20 September 09)
Kuliah Bersambung
27 September-20 Oktober 2009
3.5 minggu
Cuti Ulangkaji
21-25 Oktober 2009
5 hari
Peperiksaan Dalaman
26 Oktober-15 November 2009
3 minggu
Cuti Semester
16 November-27 Disember 2009
7 minggu
(tertakluk kepada pindaan)

3 comments:

Anonymous said...

bagaimana pula kalau saya digugur taraf kerana membayar yuran lambat?adakah dikira tidak membayar yuran?berapakah jumlah denda yang dikenakan?

KumpulanCeritaDanVideoSex said...

"Gabung bersama kami di KARTU3M.NET - Agent Betting online terpercaya dengan system paling fair player tanpa robot !!
Agen betting online terpercaya, menang berapapun pasti di bayar !

Game seru
Poker Online,
DominoQQ Online ,
Ceme Online
,
3MPOKER



FREECHIP 5.000 SETIAP HARI !!!

Link alternatif
www. 3mpoker .ONLINE
www. 3MPOKERS .COM
www. KARTU3M .NET

Info lebih lanjut kunjungi
Livechat : WWW. KARTU3M .COM
Facebook : 3MPoker Agen Terpercaya
WA : +85592140862
Line : cs_3mpoker
BBM : D8A18181

Cik Yong said...

Adakah saya perlu drop course di ilearn setelah borng permohonan cuti khas diluluskan?