Friday, November 12, 2010

Lawak 7:Bahasa Jiwa Bangsa

Suatu hari ada seorang lelaki dihantar bertugas di kawasan pedalaman di negeri Sabah. Lelaki ini berasal dari Kuala Lumpur dan mempunyai seorang isteri yang amat cantik dan sempurna seperti lagak seorang model.
Maka tibalah hari mereka nak berangkat ke negeri Sabah. Semasa berada di dalam kapal terbang, mereka sibuk bercerita mengenai negeri Sabah dan mengenai warga tempatan di situ.
Dipendekkan cerita, setelah mengambil bagasi, lelaki tersebut pun pergi ke tempat menunggu teksi sambil diekori oleh isterinya yang cantik....
Kemudian, datang seorang lelaki tua memakai pakaian seragam teksi lalu bertanya kepada lelaki itu" mau teksi kah encik".
Lelaki itu pun kata " iye, saye nak pi ke hotel sutera.Berapa lama agaknya pi situ ye".
Pak teksi pun jawab " kurang lebih 15 min. Ini isteri kita kah?"
Dengan muka merah padam menahan marah, lelaki itu berkata"apa KITA-KITA!!!!. Ini isteri saye seorang! Awak mana ada bagi hantaran dan mas khawin dengan dia!!!!.Awak mana kenal bapa dan mak dia!!! macam mana pula awak mengaku dia isteri awak?"
Orang tua tu pun kata "Eh Bos, jangan marah ya....istilah 'Kita' bagi orang Sabah untuk ganti nama kamu/awak/kau"
Lelaki dan isterinya pun terlopong mulutnya "OOOOOO..........barulah saye tahu"...............


p/s: jangan terus serang kalau tak tahu tp aku suka orang sabah

No comments: