Remaja lari dari rumah adalah sesuatu yang harus dipandang serius. Walaupun di negara kita, perkara ini belum berada pada tahap kritikal, namun ini tidak bermakna kita harus memandang ringan perkara ini. Remaja lari dari rumah tidak semestinya menghilangkan diri. Dia mungkin dengan sengaja melakukannya untuk menagih simpati atau perhatian. Dengan lari dari rumah, mereka berharap agar keadaan emosi itu dapat dibetulkan atau diredakan.
1. Kita boleh mengenal tanda-tanda awal samaada anak remaja lebih cenderung untuk lari dari rumah atau tidak. Kadang kala mereka sukar untuk ditegur atau diajak berkomunikasi. Oleh itu, kita perlu memerhatikan rakan-rakan remaja kita. Komunikasi dengan anak-anak remaja juga boleh diperbaiki dalam meningkatkan usaha meningkatkan kualiti perhubungan dengan anak-anak. Justeru, jangan sesekali menunjukkan tingkah laku negatif terhadap anak-anak.
2. Kita juga harus mengelakkan perbuatan yang dianggap buruk oleh anak-anak. Hormatilah pandangan dan buah fikiran mereka. Hormatilah keputusan yang mereka ambil dan hormatilah juga rakan-rakan mereka. Komunikasi tubuh, kadang kala efektif. Bahasa badan melalui mata, air muka dan senyuman lebih bermakna daripada membebel tidak tentu hala. Petua ini harus diamalkan terutama jika anak-anak berada dalam keadaan marah.
3. Jangan letakkan label pada anak-anak remaja. Ini boleh menyebabkan anak itu mula berfikir bahawa ibu bapa mempunyai pemikiran yang negatif. Sebaik-baiknya, ibu bapa haruslah berfikir dan berkomunikasi secara positif kepada anak remaja supaya mereka memelihara akhlak dan hubungan dengan ibu bapa.
1 comment:
salam, mak ayah sekarang kelihatan lebih teruk daripada binarang. hari2 kes dera dan bunuh.
Post a Comment