Tuesday, May 3, 2011

Siapakah Megat Terawis

Adakah aku merupakan keturunan Megat Terawis??


 

Siapakah "Megat Terawis"?

Megat Terawis adalah Bendahara pertama negeri Perak yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Beliau adalah anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya mewarisi jawatan Bendahara negeri Perak. Salah seorang keturunan beliau ialah Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja) yang berkahwin dengan Raja Shah Alam Sayong iaitu anak Sultan Muzaffar Shah II negeri Perak.

Megat Terawis was the first Bendahara of Perak and was known by the title Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. He was the son of the Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. He was the son of the Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. His descendants were holders of the Bendaharaship of Perak. One of his descendants, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), married Raja Shah Alam Sayong – a daughter of Sultan Muzaffar Shah II of Perak.


 

Gelaran yang diwarisi?

Megat adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris lelaki keturunan Megat. Megat berasal daripada perkataan Maha Gaek.
Puteri adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris perempuan keturunan Megat.
Tun adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris perempuan keturunan Megat yang berkahwin dengan rakyat biasa.

Megat is a title inherited by the male descendant of a Megat. Its derived from the words Maha Gaek which means "Great One"
Puteri is a title inherited by the female descendant of a Megat.
Tun is a title inherited by the issue of a Puteri, the female descendant of a Megat and a commoner father, in turn inheritable through the male line.


 

Inilah Salasilah Permegatan Yang Dari Orang Kaya Besar Lambat Makam Adanya.

Bermula inilah salsilah Orang Kaya Besar di Kuala Kenas yang Lambat Makan dahulunya sudah jadi kemudian berhenti maka jadi Orang Kaya Besar lalu mati di dalam gelaran itu dan namanya Megat Mentaha anak Tok Bendahara Muda dan bondanya Puteri Seni Binti Megat Shamsu yang ke Kedah.

Ada pun Tok Bendahara Muda itu shahid iaitu anak Tok Bendahara Hilang di Padang. Maka adalah Tok Hilang di Padang itu saudaranya Tok Bendahara Garang namanya Megat Abdullah dan keduanya saudaranya Tok Bendahara Hilang di Padang itu Megat Shamsu yang ke Kedah dan kepada suatu khabar adalah Puteri Seni dengan Bendahara Muda itu beranakkan Orang Kaya Besar Lambat Makan.

Sebermula adalah Tok Kaya Kuala Kenas beristeri ia akan Tok Puan Sayong dan beranak ia dengan isterinya beranak ia akan Puteri Jelusul dan Puteri Gunung Ledang dan Raja Indera Bongsu. Kemudian maka beristeri pula Orang Kaya Besar itu akan Toh Puan Long Luya Binti Seri Maharaja Lela Tok Usman Kota Lama. Adapun Toh Puan Luya itu sudah dahulu ia bersuamikan Tok Bendahara Hilang di Teluk dan namanya Bendahara Hilang di Teluk itu Megat Abu Kassim dan Toh Puan Luya itu beranak ia dengan Tok Bendahara Hilang di Teluk itu akan Toh Seri Maharaja Megat Mansur dan beranak pula Toh Puan Luya itu dengan Tok Kaya Lambat Makan itu tiga orang. Pertama Raja Amat Bongsu, dan keduanya Toh Muda Zainal dan ketiga Tun Busu Terai.

Shahdan adalah akan Toh Puan Sayong itu tiga beradik iaitu Toh Puannya, dan Toh Puan Bulan isteri Menteri Syed Shamsuddin dan Megat Gombak. Adapun kita yang punya cerita adalah Bendahara Hilang di Padang dan Tok Bendahara Garang dan Megat Shamsu dan Megat Mutabar dan Hilang di Teluk dan lainnya sekallian Megat-Megat yang dalam negeri Perak dan di dalam negeri Kedah iaitu semuanya daripada zuriat MegatTeraweh yang pertama Megat masuk di Perak ini masa Tun Saban Balik berperang dengan Sultan Mansur Marhum Kota Lama. Adapun Megat Teraweh itu, iaitu putera Daulat di Pagar Ruyong dan Raja Daultan Pagar Ruyong keturunan daripada Sang Sapurba Raja tiga beradik dari dalam yang tuanya ke Pagar Ruyong.

Sebermula adalah akan Toh Seri Maharaja anak Tok Bendahara Hilang Di Teluk dengan Toh Puan Luya itu beranak dua orang iaitu Megat Mustafa dan Megat Abdullah. Maka Megat Mustafa itu beranak empat orang iaitu Puteri Andak dan kedua Megat Hasan dan ketiga Megat Kassim dan Puteri Teh.

Adapun Megat Hasan itu beristeri akan Alang Lati beranak dia empat orang. Pertama Puteri Halimah dan kedua Puteri Noteh dan ketiga Megat Arif dan keempat Megat Amin.

Maka Megat Hasan juga beristeri akan Alang Hadiah beranak dia tiga orang iaitu Megat Shamsuddin Assistant Penghulu di Kota Lama dan kedua Megat Teraweh dan ketiga Puteri Jelika.

Adapun Puteri Teh saudara Megat Hasan itu bersuamikan Temenggong Panjang Muhammad Ariff beranak dia akan Ngah Abdul Wahab dan Alang Abdul Wahid Penghulu Kota Lama dan bersuami pula Puteri Teh itu akan Alang Rostam beranak akan Uda Muhammad Alias dan keduanya Othman dan ketiga Salamah.

Adapun Megat Kassim saudara Puteri Teh itu beranak dia akan Megat Abdullah dan Megat Ismail.

Shahdan lagi adalah Toh Puan Luya bersuami pula akan Orang Kaya Besar Lambat di Kuala Kenas beranak dia tiga orang Pertama Raja Amat Bongsu dan Kedua Toh Muda Zainal dan ketiga Tun Busu Terai. Maka Raja Amat Bongsu itu beranak akan Puteri Teh Santan di Bukit Gantang. Puteri Teh Santan itu bersuamikan Daeng Terang beranakkan Raja Musa. Maka Raja Musa banyak mengadakan anak.

Adapun Toh Muda Zainal beristerikan Chu Gandum beranakkan Megat Abbas. Maka Megat Abbas pula berperempuan akan Ngah Raisah anak Pak Usu Nanik Tepus beranak akan Puteri Long dan Puteri Ngah di Hulu Beruas. Maka Puteri Long bersuamikan Sultan Ali beranakkan Raja Noteh Zahrah. Maka Raja Noteh Zahrah bersuamikan Raja Abdul Jalil Putera Raja Muda Idris dengan Raja Noteh. Maka Raja Abdul Jalil dengan Raja Zahrah itu beranakkan Raja Khadijah. Dan Puteri Long juga berlakikan Ishak beranak dua seorang perempuan seorang laki-laki. Ada pun Puteri Ngah adik Puteri Long berlakikan Pandak Aris duduk di Hulu Beruas banyak beranak.

Adapun Tun Busu Terai berlakikan Megat Menjanas Toh Seri Nara Diraja beranakkan Puteri Mina. Maka Puteri Mina berlakikan Megat Johan beranakkan Megat Kadir dan Megat Taalok.

Maka Orang Kaya Besar Lambat Makan dengan Toh Puan Sayong Puteri Hitam itu beranakkan Raja Indera Bongsu dan Puteri Gunung Ledang dan Puteri Jelusul. Adapun Raja Indera Bongsu beristerikan Tok Alang Andak beranak empat orang iaitu Puteri Long Iskandariah dan Megat Ngah Mustafa dan Megat Uda Muhammad dan Puteri Teh Saayah bergelar Toh Kemala Sari zaman Sultan Ali. Maka Puteri Long Iskandariah berlakikan Uda Salleh beranakkan Long Abdul Karim dan Ngah Halimah dan Alang Tijah dan Uda Abdul Samad dan Pandak Muhammad Ariff.

Dan Megat Ngah Mustafa beranakkan Megat Abdul Kadir dan Alang Adam dan Megat Muran Muhammad Ali.

Maka Puteri Jelusul bersuamikan Sharif Hitam Besar beranakkan Syed Ahmad dan Syed Dahim.

Dan Pandak Muhammad Ariff saudara Abdul Karim berperempuankan Teh Mimun berankkan Maimunah dan Pandak Muhammad Ariff juga berpermpuankan Ngah Madiah beranakkan Muhammad Taib.

Ada pun Tuan Puteri Bulan anak Megat Mutabar bersuamikan Toh Menteri Syed Shamsuddin Chegar Galah bergelar Toh Puan beranakkan Sharif Pandak Ahmad dan Siti Sulung Chu dan Siti Alang Maimunah dan Sharif Hitam Kecil Bebal Akal Shahid.

Ada pun Siti Sulung Chu bersuamikan Sharif Aman beranakkan Syed Latih – beristerikan Siti Aminah beranakkan Syed Abdullah dan Sharifah Masih. Maka Syed Latih juga berbinikan Saadiah beranakkan Syed Akil dan Siti Jeliah dan Syed Salleh – berperempuankan Puteri Chu beranakkan Siti Ngah Rafeah dan Syed Jamaluddin dan Siti Andak.

Maka Syed Jamaluddin beranakkan Sharif Khalid – beristerikan Siti Ngah Tanjong berankkan Sharif Ali dan Siti Sharifah Sabun dan Siti ?

Maka Siti Sabun berlakikan Hitam Talib beranakkan Meor Alang Pelus. Shahdan adapun Siti Alang Maimunah berumah tangga akan Meor Hasan beranakkan Meor Hussin dan Ngah Mai Salamah dan Alang Mai Ensah dan Meor Idris dan Meor Yunus Habib Perak.

Ada pun Sharif Pandak Ahmad beristerikan Chik Teh Kiwi Binti Seri Adika Raja Toh Sendaralu beranakkan Syed Mahmud Orang Kaya Besar Sultan Ismail dan Siti Mariam dan Siti Fatimah dan Siti Hitam dan Syed Abdul Samad dan Syed Isa dan Syed Muhammad dan Siti Jamilah.

Maka Orang Kaya Besar Syed Mahmud beristerikan Che Puteh Fatimah Binti Che Ngah Lahmat Kaya beranakkan Tengku Syed Mansur dan Siti Sharifah. Kata khabar ada Syed Mahmud beristeri lain beranak juga. [Syed Jamaluddin beristerikan anak Imam Paduka Tuan Raja Haji Yahya]

Maka Siti Mariam bersuamikan Panglima Bukit Gantang Toh Muda Ngah Abdul Ghafar Bin Panglima Bukit Gantang Alang Iddin beranakkan Kulop Saiyid dan Mai Ngah dan Mai Alang dan Meor Pandak.

Ada pun Sharif Hitam Kecil Bebal Akal itu beranakkan Siti Ngah dan Siti Alang dan Siti Andak. Maka Siti Ngah beranakkan Meor Ali dan Siti Alang beranakkan Siti Long dan Siti Ngah. Adapun Syed Abdul Rahim dan Siti Ensah berumah tangga akan itam Kasima anak Tuan Haj Muda beranakkan Mai Halimah dan Mai Alang dan Meor Jaafar.

Maka Syed Dahim saudara Syed Ahmad itu beranakkan Syed Ali dan Syed Ibrahim.

Adapun Megat Merusin saudara Toh Puan Bulan itu beranakkan Puteri Long Sirat dan Megat Salleh. Puteri Long Sirat bersuamikan Megat Abdullah anak Toh Seri Maharaja Megat Mansur beranakkan Puteri Zainab dan Puteri Ngah Mina dan Megat Uda Mustafa Imam Sementa Kuala Kenas. Maka Puteri Ngah Mina bersuamikan Megat Inu anak Toh Nara Tior Megat Kassim berankkan Megat Uda Jaafar Assistant Penghulu di Kuala Kenas dan Megat Ismail dan Seri Nara Suri Puteri Uteh dan Megat Pandak.

Maka Megat Uda Jaafar beristerikan Long Fatimah dan beranakkan Puteri Ngah Aishah dan Puteri Puteh dan Megat Abdul Majid. Adapun Megat Salleh saudara Puteri Long Sirat itu beranakkan Megat Hassan dan Puteri Jelusul dan Puteri Ngah Tipah dan Puteri Mariam dan Puteri Santan Betapiah. Maka Megat Hassan itu berankkan Megat Muhammad dan Megat Ngah Mahmud.

Adapun Megat Abdullah anak Toh Seri Maharaja itu beristerikan Puteri Long Sirat anak Megat Merusin beranak tiga yang telah tersebut dulu itu dan lagi Megat Abdullah itu juga berperempuankan Che Teh beranakkan Puteri Tijah dan Puteri Andak Fatimah dan Megat Uda Pendia dan Puteri Hajjah Hawa.

Maka Andak Fatimah bersuamikan Hitam Ismail beranakkan Long Tipah dan Kulop Muhammad dan Chu. Maka Long Tipah bersuamikan Megat Uda Jaafar itulah tersebut dahulu itu. Maka Megat Uda Pendia saudara Puteri Andak Fatimah itu beristerikan Puteri Halimah anak Megat Hassan yang tersebut dulu itu beranakkan Puteri Zahra dan Megat Muhammad Ali dan Megat Ahmad kerani Raja Muda Idris dan Hajjah Hawa saudara Megat Pendia itu bersuamikan Toh Muda Alang Wan Abdul Wahid Penghulu Kota Lama sekarang.

Shahdan Megat Abdullah juga berbinikan Alang Lampi beranakkan Puteri Aminah.

Sebermula adalah Toh Meor Megat Muhammad beristerikan anak Tok Kaya Muda beranakkan Megat Kassim Toh Nara di Tior dan Orang Kaya Besar di Senin. Maka Megat Kassim Toh Nara Tior itu beristerikan anak Penghulu Masjid Toh Sabar berankkan Megat Inu yang telah tersebut dahulu itu dan Orang Kaya Besar di Senin itu beranakkan Megat Daha – beranakkan Megat Panjang Kundang Sultan Ismail masa Bendaharanya dan Megat Uda.

Maka Megat Uda itu berperempuankan Ngah Kuari itu anak Itam Lembik dengan Haji Abdullah Jawa. Maka Megat Uda dengan Ngah Kuari itu beranakkan Megat Saman.

Bermula adalah Orang Kaya Besar di Merua beranakkan Megat Bisnu – beranakkan Megat Idris.

Megat Buang Beranakkan Puteri Andak Pok dan Megat Pendia dan Megat Muhammad. Adapun Puteri Andak Pok bersuamikan Tok Kemala di Batu Gajah beranakkan Long Sara dan Ngah Hajar dan Muhammad. Maka Long Sara itu bersuamikan Haji Imam Abdul Kadir Anak Long Teh Kampung Gajah dengan Haji Muhammad Salleh Layang-Layang. Maka Long Sara dengan Imam Haji Abdul Kadir itu berankkan Ngah Zulaikha dan Andak Safiah dan Abdul Manaf dan Teh Salmiah Majnun dan Hitam Khatijah. Adapun Haji Abdul Manaf berperempuankan Chu Nurmiah beranakkan Long Khamsiah – Long Khamsiah bersuamikan Uda Muhammad Akil anak Long Osman dengan Long Saemah. Maka Long Khamsiah dengan Uda Muhammad Akil beranakkan Muhammad Ali Nyior dan ??

Maka Teh Salmiah Majnun bersuamikan Toh Muda Wan Alang Abdul Wahid Penghulu Kota Lama sekarang berankkan Long Seri Kemala dan Alang Kamariah. Maka Long Seri Kemala bersuami akan Megat Muhammad Ali anak Megat Uda Pendia yang tersebut dulu itu beranak dua orang perempuan.

Adapun Puteri Mariam saudara Puteri Andak Pok itu berankkan Noteh dan Churiah bersuami pula seorang iaitu Laksamana Toh Abdullah Tok Gemok beranakkan Che Uda Manum – berlakikan ?? beranakkan Long Hawa – berlakikan Uda Perlu anak Alang Kundang beranakkan Teh Aminah dan Puteri Yam juga berlaki lain beranakkan Long Madya dan Ngah Mada. Adapun Noteh anak Puteri Mariam berank seorang dan Chu Riah saudara Noteh itu beranakkan Long Tikah dan Ngah Rifah dan Alang Abdul Rahman dan…

Bermula adalah Megat Menjanas Toh Seri Nara Diraja beristerikan anak Seri Nara Diraja Pandak Geluk beranakkan Megat Dagang dan Puteri Andak Bulan. Maka Megat Dagang beranakkan Megat Putera dan Megat Ngah dan Megat Uda dan Megat Pandak dan Megat Panjang. Adapun Megat Putera beristerikan Teh Penuh anak Long Puasa anak Seri Paduka Busu Ayan dan Puteh Indam Maka Megat Putera dengan Teh Penuh itu beranakkan Puteri Alang Rias dan Megat Uda Omar dan Megat Tugok dan Megat Ngah saudara Megat Putera itu berperempuankan Long Mura Saudara Haji Uda Adam Penghulu Lambor masa orang Puteh beranakkan Ngah Mariam dan Teh Madiah dan Pandak Dusaman Maka Megat Uda Saudara Megat Putera Beranakkan Puteri Long dan Puteri Ngah Embun dan Megat Uda Lmbor dan Megat Pandak Saudara Megat Putera itu berperempuan Itam Seri anak Seri Dewa Maharaja Che Ahmad beranakkan Megat Alam dan Megat Panjang dan Megat Panjang saudara Megat Putera berperempuankan Anjang Gedung saudara Teh Penuh beranakkan Megat Ibrahim.

Maka Megat Ibrahim itu beristerikan Teh Karang binti Toh Timor dan yang seorang namanya Teh Tiwan binti Pnjang Ismail. Maka Megat Ibrahim dengan isterinya Teh Karang itu beranakkan Megat Abdul Jalil dan Puteri Tijah dan Puteri Alang Safiah dan Megat Uda Mamat dan Megat ?? dan Puteri The dan Puteri Chu dan Lagi Megat Ibrahim juga dengan isterinya Tiwan itu beranakkan Megat Ahmad.

No comments: