Saturday, March 14, 2009

14/3/09(impian@cinta)

Apakah impian aku?setiap orang mesti ada impian. Macam-macam impian ada di kepala otak kita.
Aku mempunyai banyak impian untuk aku capai dalam hidup ini. Tapi tercapai impian ini,aku setiasa berusaha untuk mencapai impian aku. Biar aku terpaksa bersusah payah dahulu sebelum aku mencapai cita-cita@impian yang aku kejar
Dalam impian aku, mesti ada cinta kan.Namun impian cinta susah untuk mendapatkannya. Aku pernah mengejar cinta tapi ia kemudian hilang begitu sahaja. Bermula tahun 2009, aku jatuh hati pada seorang gadis yang cari selama ini namun adakah aku mampu untuk mendapatkannya. Itu aku tidak pasti namun tiba-tiba aku di kejutkan bahawa gadis ini dah berpunya.Adakah aku perlu beredar dari sisi dia,itu setiasa bermain difikiran aku.
Mungkin disebabkan oleh kelemahan diri sendiri kerana asyik memendamkan sahaja menyebabkan aku seatiasa terlepas.Namun walaupun gadis itu tidak tahu bahawa aku menyukai dia tapi gadis itu tetap menjadi sumber inspirasi aku.
Dunia seatiasa berubah namun adakah kita masih tak nak berubah hidup dan apa sahaja..mata untuk melihat dan hati untuk………..

No comments: