Friday, August 27, 2010

Berita Harian Online | 'Akmal pergi selepas 5 tahun tanggung derita'

Berita Harian Online | 'Akmal pergi selepas 5 tahun tanggung derita'


2010/08/23
SEMENYIH: Selepas menderita menjalani pembedahan sebanyak 15 kali termasuk kaki kanan dipotong dan kedua-dua kornea mata terpaksa dibuang akibat kejadian tercampak dari buaian, kanak-kanak malang, Akmal Haris Shamsul Anuar, 5, akhirnya meninggal dunia di kediamannya, di sini, awal pagi semalam.

Kematian kanak-kanak yang terpaksa menempuh tragedi hitam seawal usia tiga bulan itu disedari ayahnya, Shamsul Anuar Saidin, 39, kira-kira jam 5 pagi ketika bangun bersahur bersama isteri, Rozalina Bukhari, 39, dan tiga anaknya.
Rozalina berkata, beliau yang terjaga seawal jam 4 pagi untuk menyediakan makanan bersahur sempat melihat keadaan anak bongsunya yang berada di sebelahnya, tetapi menyangka Akmal Haris berada dalam keadaan baik.
Ketika berada di dapur, suami yang ketika itu terjaga melihat keadaan Akmal menerpa sebelum memeluk saya mengatakan anak kesayangan kami sudah meninggal dunia.

Saya terkejut tidak percaya sebelum melihat sendiri nadi Akmal untuk mendapatkan kesahihan dan akhirnya akur penderitaan anak saya sudah berakhir, katanya ketika ditemui di rumahnya, di Taman Desa Mewah, di sini, semalam.

Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Semenyih sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang kira-kira jam 12 tengah hari.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang bayi berusia tiga bulan cedera parah di kepala selepas tercampak dari buaian di pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September 2005.
Akibat kejadian itu, mangsa terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa bulan dan berada dalam keadaan koma kerana saraf otak mengalami kerosakan teruk.

Rozalina berkata, walaupun terkilan kerana kehilangan anak tersayang ketika bulan Ramadan dan dua minggu lagi bakal menyambut Aidilfitri, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

Baju raya Akmal sudah dibeli sejak sebulan lalu dan kami sekeluarga berhasrat membawa Akmal pulang ke kampung di Taiping menyambut Aidilfitri, tetapi tidak kesampaian.

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, saya cuba yang terbaik dengan menjaganya penuh kasih sayang sejak tragedi malang lima tahun lalu, katanya. 


Takziah aku ucapkan kepada nurainie bt saidin di atas pemergian anak buah dia...
moga Akmal ditempatkan di sisi Tuhan....
AMIN

2 comments:

rozarina1910@gmail.com said...

Terima kasih atas salam takziah itu.Saya ni kakak ipar Nurainie ibu kepada arwah akmal. sehingga kini masih sedih mengenangkan arwah tetapi redha dengan semua ujian ini.ikuti laman blog khas untuk arwah di http://akmalharith305.blogspot.com

isma aqmar said...

sama-sama kakak
saya doakan akmal setiasa berada di tempat orang-orang mulia..