Sunday, June 6, 2021

5 tips guna enterprise gaya korporat

1. Ambil Gaji

Pemilik wajib ambil gaji walaupun sedikit. Bila kita ambil gaji baru ada motivasi untuk kejar target. Kebanyakkan usahawan baru tak ambil gaji sebab risau perniagaan tak boleh survive.

2. Buat slip gaji

Yang ini selalu kita tak buat, mungkin kita rasa slip gaji tak penting. Buat je slip gaji baru nampak kita serius dalam bisnes bukan main-main. Bila kita nak terbang tinggi guna sdn bhd senang kita tau.

3. SOP perniagaan

Ini sangat penting kerana dekat sini kita boleh nampak susun alur bisnes kita. Biar dari bisnes kecil-kecil dah buat dan bila berkembang senang nak upgrade je sop itu

4. Buka fail cukai

Ramai usahawan enterprise tak nak buka fail cukai. Kebanyakan usahawan percaya dengan mitos, bila buka fail cukai nanti kena bayar tiap tahun. Mak limah bukan begitu, kalau sale kita tak capai amount yang kena bayar cukai, tak payah la bayar. Jangan takut nak fail cukai

5. Buat pengurusan kewangan

Bila kita buat bisnes, usahawan kena tahu nak urus kewangan. Kebanyakan usahawan masih tak pandai urus kewangan, masih tak rekod duit keluar masuk dalam perniaagaan. Akaun dalam perniagaan amat penting kerana ia penentu hala tuju bisnes kita.


No comments: