Monday, December 6, 2010

jom kurus

Pada zaman ini, terdapat banyak jenis makanan yang membawa kepada kegemukan jika tidak dikawal dengan baik atau makan secara berlebihan. Makanan yang diproses seperti makanan di dalam botol dan tin, dan juga makanan segera yang ada di pasaran hampir kesemuanya mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti.

Bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan atau ingin mengekalkan kelangsingan badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting perlu ada disiplin diri untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan separuh jalan. Selain itu, senaman harian dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah cara terbaik untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Caranya ialah mengubah cara gaya pemakanan biasa kepada satu kaedah yang baru iaitu

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.


2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau minum air sahaja.


3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu sebelum jam 7.00 malam atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.


4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit sekadar mengalas perut.


5. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.

Insyaallah, anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

12 comments:

JANN JANN JANNAH said...

oo gud2..sgt membantu sy yg sedang mendietkan diri.hehehe

cacing said...

nak diet mmg senang... nak maintain diet tu payah nak mampus...

Sephi Sephia said...

Salam

Semua orang suka kurus tapi kalau yang kurus mahu naikkan sikit badan macam mana pula ya?

isma said...

jannah:semoga kamu berjaya k

cacing:jawapan ada pada diri sendiri

sephia:try minum susu protein cth dari amway

nadzirah aqilah said...

bagus gak tips nie.. tapi kan bila dh keje.. slalu tak sempat nak mkn... huhuhuhu

Matika Love said...

info yg berguna....bgos3

saiazuan said...

jom gemok xde? haha D

http://eleventx.blogspot.com/2010/12/after-tea-with-robot-apa-sudah-jadi.html

Ain Zulaikha said...

kalau diet bnykkan minum air buah.. sedap wooo

Cik Mieyrarif said...

ouh thnx sharing it :)

bintang27 said...

xde ke mcm na nk naik berat badan pulak hihihi

Sharifah nor said...

akak ni gemuk krn ubat tairod yg akak makan..metabolisma mmg zero..mmg tak boleh kurus..tapi kalau boleh tak nak badan naik lagi..

isma said...

nadzirah:lg bgs x mkn.hehhehee

matika love:tq2

saiazuan:nt aku try cri info..hehheeh

Ain zulaikha:tq your information

cik mieyrarif:tq

bintang 27: minum susu protein

sharifah :kak try jga pemakanan n selalu bersenam n byk kan minum air kosong