Sunday, August 5, 2012

Permohonan kemasukan UITM sesi akademik 2 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang
berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

● Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.

● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.

● Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin).

● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).


P/s: Cepat-cepat peluang hanya datang sekali sahaja...ikhlas dari isma aqmar

No comments: