Saturday, February 13, 2016

Kenapa perlu urus kewangan perniagaan?


Untuk menjadi usahawan yang berjaya,ilmu pengurusan kewangan  perniaagaan sangat penting. Pengurusan kewangan perniaagan  membantu kita dalam mencapai target. Seorang usahawan harus
mengurus kewangan perniaagan sejak dari awal berniaga.

Ramai usahawan yang terlepas pandang tentang pengurusan kewangan, saya juga tidak terlepas dengan masalah apabila bermula perniagaan. Cukup sekadar dengan ada akaun bank sebagai bukti traksasi.

Kenapa perlu urus kewangan perniagaan?

Secara ringkas sebab-sebab perlu uruskan kewangan perniaagaan:-)

Aliran kewangan perniagaan
Aliran kewangan ini seperti sungai, di mana ia ada punca air masuk dan air keluar.selagi air     berlebihan masuk maka sungai  tidak akan kering.Apabila air terus mengalir maka sungai tidak akan busuk. begitu juga dengan kewangan, jika wang masuk lebih banyak daripada wang keluar maka perniagaan  akan terus hidup. Daripada aliran ini, kita boleh tentukan pulangan modal dan buat strategi untuk duduk di paras yang  selamat. jika aliran kewangan lengkap maka lebih mudah untuk mengatur strategi

Tingkatkan keuntungan perniagaan
Daripada pengurusan kewangan maka ia akan meningkatkan  keuntungan perniagaan selaras dengan gaya hidup kita yang telah kita tetapkan. Sudah tentu perkara penting adalah keuntungan yang kita cari. Keuntungan perniaagaan amat penting dalam menaik taraf perniagaan ke tahap yang seterusnya. Sudah pasti, kita tak nak duduk di tahap yang sama maka daripada keuntungan kita bina empayar.  Semua ini boleh di lihat daripada aliran kewangan yang betul.

Untuk membuat anggaran perjalanan perniagaan
Bila kita dah punya aliran kewangan yang lengkap berdasarkan scenario perniaagaan kita maka di sini kita boleh buat anggaran perniaagaan kita pada masa akan dating. Ini bukan tilik nasib tetapi ia merupakan anggaran yang mampu kita buat. Kita boleh buat sasaran berdasarkan maklumat yang kita ada dan sasaran itu perlulah realistic dan strategi yang perlu di gunakan.


Isma Aqmar
Click Corporate Services
Paranoid Kitchen
Green Harvest
Megat Nasir Enterprise

No comments: