aku nampak
bayang-bayangnya
dia menangis keseorangan
bersama titisan hujan di
jendela
dia cuba mengusap
tangisan itu
namun mutiara itu
semakin deras menceritakan sebuah sketsa sedih
jari jemari yang perlu
dipersalahkan yang membuat tangisan itu keluar
Persoalan yang terpahat
di sudut pemikiran
membentuk pelbagai
spekulasi yang tak pasti
pemikiran berputar laju
mencari jawapan
mengapa sang dewi
menangis?
kisah cinta yang sedih
Anggapan palsu terus
membelasah otak pemikiran ini
aku terus membiarkan
tangisan itu bercerita
biarlah ia menjadi
rahsia sang dewi
-isma aqmar-
No comments:
Post a Comment