Saturday, July 9, 2011

BERSIH: 600 berkumpul di ibu pejabat KTMB dan 50 individu ditahan di KL Sentral


KUALA LUMPUR 9 Julai – Kira-kira 600 individu yang dipercayai para penyokong perhimpunan haram Bersih 2.0 berhimpun di ruang menunggu ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di sini pagi ini.
Bagaimanapun, pihak pengurusan KTMB telah mengarahkan mana-mana individu yang tidak mempunyai tiket perjalanan supaya tidak berkumpul di ruang menunggu tersebut.
Sementara itu, beberapa pergerakan kecil dalam kumpulan antara lima hingga enam individu dilihat berlaku di Jalan Hang Jebat dan di sekitar Stadium Merdeka. – Utusan

KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menahan kira-kira 50 individu dipercayai penyokong kumpulan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semasa berhimpun di KL Sentral di sini, pukul 11.30 pagi. – Utusan

No comments: