Saturday, June 9, 2012

Promosi: MUSUHKU SUAMIKU

ISBN 978-967-365-115-3
Sem. Malaysia RM19
Sabah/Sarawak RM22

Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya.

“Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!”

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan.

“Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.”

Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta.

Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubunagn itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?
Untuk pesanan online sila klik ini order
 P/s: saya dah punya senaskah novel ini berserta tandatangan penulis itu sendiri...Sesiapa peminat penulis novel ini. Sila jangan iri hati.. Sesiapa yang tak baca novel ini sila beli ok...pesanan khas daripada isma aqmar


2 comments:

caera puttih said...

waaahh .. nak bace .. tp kene tahun depan .. baru bolehh borong byk2 novel .. :)

isma aqmar said...

knp tahun dpn?beli la sekarang..hihihi