Tuesday, March 30, 2010

Kehidupan yang semakin mencabar..

Dah lama aku tak menaip kat blog aku nie.Labah-labah dah mula untuk menjahit benang-benang dia di atas blog aku.Semasa aku sedang membuat assigment ctu yang akan di hantar pada minggu ini tiba-tiba terdetik di hati aku untuk menaip di blog aku yang penuh dengan kesepian kerana ia selalu ditinggalkan kesepian tanpa sebarang post yang menarik.(sorry my blog) BuKAN  sengaja untuk tidak menulis di blog ini tetapi sibuk dengan pelbagai aktiviti di hujung semester yang kian mencabar kehidupan dan kesabaran untuk berjalan di atas dunia yang fana.
Sejak seminggu ini berbagai dugaan yang kena aku tempuhi dah pelbagai kerenah manusia yang aku temui.Indah sungguh dunia ini.Dugaan yang pertama adalah perasaan hati menjadi resah dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku dan terpaksa membiarkan ia berlalu seperti air sungai yang jernih dan nyaman.Aku terpaksa mendiamkan diri kerana masih mencari jalan cerita masalah yang timbul dan dimana aku patut hentikan permainan dunia ini.
Tiba-tiba aku di kejutkan dengan keputusan test  one public administration yang agak menghampakan kerana dari sudut pemahaman aku,aku telah menulis dan menghuraikan dengan penuh kewarasan tetapi di sudut pandangan madam,ia amat bertentangan dengan pemahaman aku tapi setiap perkara yang berlaku mesti ada puncanya.Oleh itu, aku cuba mencari apa yang pemahaman yang perlu ada di dalam huraian aku.Sedih dan kecewa menjadi perasaan jiwa apabila apa yang di harapkan tidak menjadi sepenuhnya mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.Apa aku perlukan adalah semangat untuk teruskan perjuangan yang masih tiada titik noktah.Disitu permulaan tetapi pengakhiran masih jauh.
Kehidupan aku terus di uji dengan tembakan test yang bertubi-tubi oleh para lecturer ku.Peperangan final exam seperti telah bermula tetapi aku masih berjalan menggunakan tongkat dan masih tidak mengetahui dimana aku perlu menyerang serta aku masih mencari-cari strategik yang terbaik untuk membidas peluru-peluru test yang datang kepada aku.
Walaupun kehidupan ini semakin mencabar tetapi perjalanan hidup ini perlu direntasi.Usaha,kasih sayang,amal dan ilmu menjadi senjata dalam mengempur kehidupan dunia....


belongs to aku

1 comment:

Anonymous said...

wow!!cm sasterawan negare dh ayt ko..haha yeke tension psal blaja ni or bende lain,,,heheh ala psal madam tu xde prob la die ok pnye tgok a final ti..hehe bese la tu asam gram jd student kn kene la rase bnde2 cmni..chill sudahh..