Sunday, June 6, 2021

5 tips guna enterprise gaya korporat

1. Ambil Gaji

Pemilik wajib ambil gaji walaupun sedikit. Bila kita ambil gaji baru ada motivasi untuk kejar target. Kebanyakkan usahawan baru tak ambil gaji sebab risau perniagaan tak boleh survive.

2. Buat slip gaji

Yang ini selalu kita tak buat, mungkin kita rasa slip gaji tak penting. Buat je slip gaji baru nampak kita serius dalam bisnes bukan main-main. Bila kita nak terbang tinggi guna sdn bhd senang kita tau.

3. SOP perniagaan

Ini sangat penting kerana dekat sini kita boleh nampak susun alur bisnes kita. Biar dari bisnes kecil-kecil dah buat dan bila berkembang senang nak upgrade je sop itu

4. Buka fail cukai

Ramai usahawan enterprise tak nak buka fail cukai. Kebanyakan usahawan percaya dengan mitos, bila buka fail cukai nanti kena bayar tiap tahun. Mak limah bukan begitu, kalau sale kita tak capai amount yang kena bayar cukai, tak payah la bayar. Jangan takut nak fail cukai

5. Buat pengurusan kewangan

Bila kita buat bisnes, usahawan kena tahu nak urus kewangan. Kebanyakan usahawan masih tak pandai urus kewangan, masih tak rekod duit keluar masuk dalam perniaagaan. Akaun dalam perniagaan amat penting kerana ia penentu hala tuju bisnes kita.


Sunday, January 5, 2020

Aku Dan Tulisan Jawi

Tulisan jawi menjadi satu isu panas di Malaysia. Sebelum wujudnya rumi, beratus tahun menggunakan tulisan jawi dalam urusan harian. Ia menjadi sebuah budaya dan khazanah di dalam dunia. 

Tulisan jawi sebuah khazanah yang sangat indah dan pada masa kini tidak ramai yang tahu menulis tulisan jawi. Menjadi satu kerugian, bila mana kita tak tahu menulis tulisan jawi. 

Bagi aku tak kira bangsa atau status, sesiapa boleh belajar tulisan jawi. Tulisan jawi sebuah khazanah yang tiada nilainya.Hargailah tulisan JAWI. 😘


Wednesday, January 1, 2020

Kereta Terbang 2020

Aku nak start balik write dekat blog ni. Dulu suka sangat nak update dekat blog ini. Dekat blog ni la, aku tulis pelbagai isu termasuk pasal study, cinta, buat puisi dan macam-macam. 

Tahun 2020, aku nak guna platform ni nak cerita tentang jatuh bangun dalam bisnes. Kadang rasa nak give up bila kita jatuh tapi hanya tuhan sahaja tau. 

Bila jatuh, aku bangun balik. Alhamdulillah, sekarang ada perubahan walaupun aku masih mengejar impian. 

Doakan aku yang baca blog ini, jangan lupa support aku tau. 

Thursday, July 14, 2016

BISNES BOCOR LAGI

"Ini perniagaan aku, ikut suka akulah nak ambil duit banyak mana!"
Dalam kepala kita seatiasa ada statement ini, jika kita pegang prinsip sampai bila nak maju

Ada masalah macam ini, tak reti nak jaga aliran tunai, tak asingkan duit gaji

Hubungi
010-5038381( whatsapp sekarang)

P/s: Tawaran early bird, whatsapp sekarang

Kami bantu anda

Tarikh: 13/8/2016
Masa: 9.00 pagi
Tempat : Shah Alam

#‎jomdaftarsdnbhd
#‎setiausahasyarikat
#‎ccs
#‎teamkakikira

SHARE JIKA BERI MANFAAT
‪                      


Sunday, March 6, 2016

ILMU PENSYARIKATAN

1.                   Apakah jenis perniagaan yang hendak saya jalankan?
Milikan tunggal? Perkongsian ? perkongsian terhad? Syarikat sdn bhd?

2.                   Adakah sebrang larangan atau sekatan akan dikenakan sekiranya saya menjalankan perniagaan tersebut?
Adakah perniagaan yang bakal aku jalankan bertentangan dengan undang-undang Malaysia?
Barang/ Perkhidmatan terlarang?

3.                   Berapakah jumlah orang yang akan terlibat dalam perniagaan ini?
Lagi ramai lagi efektif atau lagi kurang lagi efektif?

4.                   Apakah pelan pembangunan perniagaan yang akan dijalankan?
Pelan jangka panjang? Pelan jangka pendek?

5.                   Berapakah jumlah modal yang ada? Berapakah jumlah modal yang diperlukan?
Jumlah modal yang dibenarkan? Modal berbayar?

6.                   Apakah potensi perniagaan yang dijalankan?
Keunikan produk/service? Lokasi? Pekerja yang mahir?

7.                    Apakah risiko yang akan terlibat sekiranya aku menjalankan perniagaan ini?

8.                   Apakah implikasi taks yang akan dikenakan kepada saya?


Sekirangnya anda telah berjaya menjawab kesemua soalan tersebut. Jangan ragu-ragu untuk memulakan langkah sebagai usahawan yang berjaya. Daftarlah perniagaan anda dan mulakan perniagaan anda dengan dengan yakin bersama kami.
Daftar perniagaan dengan bantuan team Click Corporate Services. Mungkin anda menjadi orang yang bertuah untuk dapatkan tawaran isimewa dari kami.

Hubungi kami di 011-2440 2113 atau email sahaja kepada clickcorporate@gmail.com

#jomdaftarsyarikat #ccs #teamkakikira

Monday, February 22, 2016

Seminar Akaun untuk Usahawan

Salam Readers,

Sabtu lepas bertempat di Bilik Seminar CCS Shah Alam telah berlangsung satu seminar untuk usahawan. Seminar di buat khas untuk mengenalpasti kesilapan di dalam pengurusan akaun kewangan syarikat.






bersama peserta

bersama Coach Jini


Seminar akaun untuk usahawan 2.0 dan seminar gst akan di adakan pada masa akan datang. Sesiapa yang berminat untuk join boleh la hubungi CCS 

#penubuhansyarikat
#akaun
#Cukai
#training

011-2440 2113
0105038381

Isma Aqmar akan seatiasa membantu anda


tq...




Friday, February 19, 2016

Seminar Akaun untuk Usahawan

Tawaran istimewa untuk sahabat-sahabat jutawan
Apa yang anda tahu pasal akaun?
Akaun merupakan mata untuk perniagaan, jika mata kita rabun maka kita akan cari penyelesaian seperti memaki cermin mata. Begitu juga lah di dalam peniagaan, jika mata perniagaan iaitu ilmu akaun kita kurang lebih elok kita tajamkan.
Semua orang mampu menjadi usahawan namun ramai yang masih samar-samar dengan mata perniagaan ini
Jadi hari ini, saya nak bantu semua usahawan untuk tajamkan penglihatan di dunia perniagaan ini bersama coach Najjini Thahirah Ideris
Saya nak tawarkan untuk hari sahaja sehingga 2
petang
BUKAN 150!!!!
BUKAN 140!!!
BUKAN 130!!!
TAPI TAWARAN INI MAMPU MILIK 
HANYA RM100

Buat tempahan sekarang
0105038381
Tarikh seminar : 20 februari 2016
Masa: 10pagi- 5 petang
Tempat: click corporate services, B-11-2 jalan serai wangi g 16/g Alam avenue seksyen 16 41050 shah Alam selangor
Jika anda ingin berjaya maka laburkan sedikit keuntungan perniagan untuk mencari elmu
Anda berjaya dan kaya

Saturday, February 13, 2016

Kenapa perlu urus kewangan perniagaan?


Untuk menjadi usahawan yang berjaya,ilmu pengurusan kewangan  perniaagaan sangat penting. Pengurusan kewangan perniaagan  membantu kita dalam mencapai target. Seorang usahawan harus
mengurus kewangan perniaagan sejak dari awal berniaga.

Ramai usahawan yang terlepas pandang tentang pengurusan kewangan, saya juga tidak terlepas dengan masalah apabila bermula perniagaan. Cukup sekadar dengan ada akaun bank sebagai bukti traksasi.

Kenapa perlu urus kewangan perniagaan?

Secara ringkas sebab-sebab perlu uruskan kewangan perniaagaan:-)

Aliran kewangan perniagaan
Aliran kewangan ini seperti sungai, di mana ia ada punca air masuk dan air keluar.selagi air     berlebihan masuk maka sungai  tidak akan kering.Apabila air terus mengalir maka sungai tidak akan busuk. begitu juga dengan kewangan, jika wang masuk lebih banyak daripada wang keluar maka perniagaan  akan terus hidup. Daripada aliran ini, kita boleh tentukan pulangan modal dan buat strategi untuk duduk di paras yang  selamat. jika aliran kewangan lengkap maka lebih mudah untuk mengatur strategi

Tingkatkan keuntungan perniagaan
Daripada pengurusan kewangan maka ia akan meningkatkan  keuntungan perniagaan selaras dengan gaya hidup kita yang telah kita tetapkan. Sudah tentu perkara penting adalah keuntungan yang kita cari. Keuntungan perniaagaan amat penting dalam menaik taraf perniagaan ke tahap yang seterusnya. Sudah pasti, kita tak nak duduk di tahap yang sama maka daripada keuntungan kita bina empayar.  Semua ini boleh di lihat daripada aliran kewangan yang betul.

Untuk membuat anggaran perjalanan perniagaan
Bila kita dah punya aliran kewangan yang lengkap berdasarkan scenario perniaagaan kita maka di sini kita boleh buat anggaran perniaagaan kita pada masa akan dating. Ini bukan tilik nasib tetapi ia merupakan anggaran yang mampu kita buat. Kita boleh buat sasaran berdasarkan maklumat yang kita ada dan sasaran itu perlulah realistic dan strategi yang perlu di gunakan.


Isma Aqmar
Click Corporate Services
Paranoid Kitchen
Green Harvest
Megat Nasir Enterprise

Friday, January 30, 2015

Dewiremaja #teamdeeba

Salam readers

Edisi khas


Dah lama saya tak post di blog ini kerna banyak urusan yang masih belum selesai. Saya akan kembali bersama blog ini pada masa akan datang. Di sini saya ingin mengajak para blogger  dan readers untuk mengundi sahabat saya yang sedang menyertai dewiremaja.

Saya mohon jasa kalian untuk undi banyak-banyak. Teruskan mengundi #teamdeeba #dewiremaja www.dewiremaja.com



untuk mengundi  sila klik #teamdeeba

undi banyak-banyak


yang benar
isma aqmar


Tuesday, October 28, 2014

Kurta Al-hafiz

Salam readers,

Kurta al hafiz telah habis...terima kasih kerana membeli dan support saya.
Keluaran baru akan di buat pada masa akan datang. Pape saya akan update

Tq so much

Tuesday, July 1, 2014

Promosi : kurta Al-hafiz

Salam

Dah lama tak update blog dan lawat kawan-kawan blogger, sangat sibuk sekarang dan macam-macam berlaku.

Sekarang saya menjual kurta al-hafiz hanya RM 65.00 sehelai dan boleh hubungi saya (whatsapp/wechat/sms/call) - 0105038381

Contoh Kurta Al-hafiz: (kurta al hafiz)


















Monday, April 7, 2014

#cinta seteguh kinabalu


fantasi berbicara kisah cinta
tentang sebuah penantian
penantian yang tidak kunjung tiba
dengan semangat akinabalu
engkau terus tersenyum
menunggu,
Di puncak ini, engkau menanti
meski lantai engkau dari tanah
bumbung engkau beratapkan langit biru
lingkaran akar menjadi aroma langkah engkau
teriak hutan menjadi nada temani engkau
namun engkau masih menunggu  
Mengenang rajuk yang sekian lama
tubuh semakin longlai, engkau tahu akan takdir itu
kini di lembah kinabalu,
ada jiwa yang bisu, ada jiwa lara
yang tidak bisa tuk pergi bersama hembusan bayu
sebuah roh tanpa jasad menemani lambaian kinabalu

terus mendiami dengan cinta setia misteri

Thursday, April 3, 2014

#tentang aku



Di sebalik hati ini
penuh bicara yang tersembunyi tanpa sebarang kata
membiarkan bicara terus bermain di sudut qalbi
tak ingin di lepaskan kerna itu adalah sebuah risiko
kata-kata itu hanya akan membunuh
aku bukan takut tuk lafazkan bicara itu
cuma aku tak nak kehilanganmu
Desakan atma ingin membiarkan aku menyusun kata-kata
sebuah kata tak mampu merubah bicara itu
biar hanya berteka- teki
hati terus berbisik untuk lancarkan
tapi masih ada menghalang
diam dan terus membisu
aku ingin berhenti
jangan di intai lagi
jangan di cari lagi
sang khairatun hisan
kerana impian ini
untuk melihat engkau bahagia disisi sang arjuna pilihan
tentang aku

biar menjadi lipatan sejarah semalam

-isma aqmar-

Wednesday, April 2, 2014

#dewi menangis




aku nampak bayang-bayangnya
dia menangis keseorangan
bersama titisan hujan di jendela
dia cuba mengusap tangisan itu
namun mutiara itu semakin deras menceritakan sebuah sketsa sedih
jari jemari yang perlu dipersalahkan yang membuat tangisan itu keluar
Persoalan yang terpahat di sudut pemikiran
membentuk pelbagai spekulasi yang tak pasti
pemikiran berputar laju mencari jawapan
mengapa sang dewi menangis?
kisah cinta yang sedih
Anggapan palsu terus membelasah otak pemikiran ini
aku terus membiarkan tangisan itu bercerita
biarlah ia menjadi rahsia sang dewi



-isma aqmar-

Thursday, March 27, 2014

#bidadari jalanan


tanpa sayap
engkau terbang merentasi dunia
memberi seribu kebebasan
menatap dengan seribu ketakjubsan
adakah itu bidadari?
kelak merentasi gapura hati
membuka pintu kasih
membawa keharuman kasturi
memetik bintang-bintang memberi keindahan sang pria
tak pernah berfikir,takdir tentukan
menanti hadir turun ke ruang atma
memberi keteduhan tanpa di pinta
sang pria pujangga yang memimpikan
tanpa sedari ini hanya kisah dongeng
hanya buat malam terus gelisah
kerna saat itu engkau telah di miliki
mungkin saat ini kisah masygul bermula
pahit melihat bersamanya
meski masih setia dan tegap
kerna cinta perlu bersederhana membiarkan bidadari itu
boleh memilih

Wednesday, March 26, 2014

#itubidadari: masa lalu



dulu engkau anggap dia bidadari
senyuman,bicara sebuah kesyahduan buatmu
manik-manik rindu seatiasa terbina di bibirmu
engkaulah raja yang mengemudi kisah cintamu
dia bidadari yang kabir

kini
selepas engkau lacurkan kata-kata indah
Engkau hanya dusta,permainkan qalbi bidadari
dia tidak mengerti segala telatah itu
rupanya hanya sebuah penipuan

konspirasi engkau cipta sangat antagonis
dia kini terdiam kaku
segala engkau cipta hanya sebuah ilusi sementara
masa lalu engkau
sebuah kekejaman buat dia

kesetiaan dia sebuah permainan untuk engkau
dia gadis seindah bidadari
engkau musnahkan dengan egois



-isma aqmar-

Tuesday, March 25, 2014

#DOAUNTUKMH370


semalam ku cipta surat
angin yang sampaikan
mutiara zikir
sepi seketika terdengar
kisah hiba

mereka menjerit,rebah tanpa kekuatan
sakit tidak terperi
mendengar berita itu
apa lagi hendak di kata
suratan telah tertulis


kini
menjerit semula di sejadah
terus meminta,merayu,memohon
perlu redha kerna ini ketentuan-NYA
rahsia Tuhan
tiada siapa mampu menghalang
moga mereka selamat di sana
kampung halaman
AL-FATIHAH

Monday, March 24, 2014

#suratbuatMH370

#DoabuatMH370

desiran angin malam
sepi bagai malam tanpa bulan
sedu, tidak terkata
dimana, tiada kepastian
menanti, suatu keresahan
Ingin aku kirimkan telegram melalui angin
sampaikan suara-suara gelisah
rindu ini aku tidak mengerti
kerna kamu bukan siapa-siapa
namun aku menunggu tuhan
mengirimkan manik-manik zikir
menjerit di sejadah
namamu ku sebut dalam doa
moga engkau kembali
MH370

Saturday, March 22, 2014

Percubaan pertama

Salam Akhirnya blog ini kembali walaupun dah agak lama menyepi kerana di serang malware. Syukur akhirnya pulih, sempena blog dah sihat ayuh kita buat sesuatu baru kepada diri saya dan blog ini. Sekarang ramai dah buat bisnes sendiri dan saya ingin mencuba maka mengambil keputusan untuk menjual tudung. Mohon para readers akan membantu saya.

Wednesday, August 21, 2013

PTPTN VS CCRIS

Sumber: Khairy Jamaluddin